APA ITU GHAR?


Pokok Ghar pada zaman kerajaan Rom dan Greek purba di anggap sebagai tanaman suci dan daunnya dipakai oleh para atlet dan pahlawan sebagai mahkota dan dianggap sebagai dewa ubat tanaman dan minyak ajaib. sejak dari dulu lagi daun Ghar akan dihias di singgahsana Maharaja dan juga seorang pahlawan iaitu Nabil Ogassanh Hamat yang menganggap minyak Ghar sebagai minyak ajaib kerana besar manfaatnya. Sejarah juga membuktikan bahawa perempuan yang terkenal seperti Cleopatra dan Ratu Zhenobia menggunakan sabun minyak Ghar untuk menjaga kesihatan dan kesegaran kulit dan rambut mereka. Ghar merupakan tanaman tahunan yang ditanam di lokasi panas yang jauh daripada deruan angin. Pada awal pagi warna daunnya bertukar kemerah-merahan dan akan berubah menjadi hijau ketika senja. Daun ini juga akan mengeluarkan haruman yang wangi ketika digunakan dalam masakan. Minyak Ghar juga digunakan dalam perubatan bagi membantu pencernaan dan penghadaman serta mengubati penyakit radang sendi. Selain itu, pokok Ghar juga dijadikan pokok hiasan di Negara Arab dan Rom.

